$$

Thursday, March 21, 2013

Aku, Kerja, Dan MAKAN.

Aku kerja dan makan memang tak boleh di pisahkan..huhhhhhhhhhhhhh inilah yang menjadi masalah aku untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan huhuhu.

Bila kerja je nak makan.. bila makan je nak kerja...stress tauuu.


Monday, March 11, 2013

Diet Diet Diet

Pengumuman pengumuman kepada semua...

Dengan ini aku ingin mengishtiharkan bahawasanya hari ini aku mula diet semula setelah 2 bulan diet aku ke laut..ahahaha..

Harapan setinggi gunung supaya aku dapat mengecikkan mana yang semakin membesar. Aku stress sangat bila baju semua da tak boleh pakai.

Aku rase bila badan semakin mengembang nih nak bergaye pon serba tak kena. Pakai yg ni macam tak sesuai..pakai yang tu macam sarung nangke.huargggggggggggg sian kat diri sendiri..dulu berat 49kg jer tapi sekarang...74kg..sob...sob...sobb  dekat 30kg naik tau..ngeri sangat..

So sekarang ni aku nekad nak kurus..nak kurusssssssss sangat2! Aku pon pergi la mengadu kan en.jambu a.k.a en.boiprend. Alhamdulillah dia memberikan sokongan yang padu lagi mampat untuk aku menguruskan badan.heheeh

So semangat berkobar2 bila ada sokongan orang tersayang. Harapan jangan hangat2 tahik ayam yerk..huhuh


Saturday, March 9, 2013

Kosong

 Jiwa yang kosong ni tak tahu nak kemana di halakan..  Lagu kosong dendangan Najwa Latif pon dah dekat 10x aku ulang walaupun hakikatnye aku tak minat kat najwa latif. Sorry najwa u r not my peberet singer huhuu..


Sunday, March 3, 2013

Bubur Jagung

Walaupun hati sedih...walaupun hati gundah... makan tetap makan. Hidup mesti di teruskan.. ayat POYO! hehehe



Saturday, March 2, 2013

Aku dan Kekesalan


P/S : Entry d bawah ni aku buat 2 tahun lepas.aku buat note kat FB aku. so nak kongsi kat blog perasaan aku 2 tahun lepas.. sekarang aku da xde fb sbb BF x bg men FB huaaaaa... :(  ni pon aku curi2 buka FB lame pastu da dapat ape aku nak terus Deactive balik huhu.papepun layan lah ye..huhu

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Org ade aku pon nak ada
org lain tak sakit tapi aku sakit
org lain gembira tp gembira aku sekejap aje..
org kata adat la tuuu kehidupan
aku kata ye betul..itulah kehidupan
kehidupan yg penuh onak duri
kalau dalam hidup tader dugaan bukan hidup namanya
kalau hari2 hidup yg aku lalui itu aman damai
maka jadilah aku org yg paling membosankan di dunia ni..
Adat dunia ada duka ada suka
Bila duka yg datang mula la mempertikaikan kenapa semua tu jd kat aku
tapi tak jadi kat org lain..kenapa asek aku je di uji begini..bukan sekali tapi dah berkali2..
aku tertanya2..tak layak ke aku untuk semua tu?? atau mungkin aku memang antara
org y tuhan pilih untuk mengecapi kebahagian maha hebat untuk masa hadapan..
Aku tertanya2 kat mana salah silap aku..ye sebenarnya aku tahu kat mana silapnya..
silapnye mungkin datang dari aku..yang terbang terlalu tinggi dengan perasaan akulah org
yang paling bahagia dalam dunia..tapi aku silap.. saat aku terbang terlalu tggi..sayap aku patah
sampai aku tak mampu nak berdiri lagi..aku tersungkur bukan setakat sayap je patah tapi paruh
dan tulang temulang aku semua remuk hancur..
Aku rasa mcm nak gali kubur sendiri..buat kepok n nisan sendiri...
Habis citer..biar aku tanamkan semua kisah duka aku
biar aku tanam semua tentang kamu..kamu..dan kamu
biar tiada lagi timbul kekesalan dalam hati..
ye aku mahu begitu..aku mahu tiada lagi kekesalan dalam hati!!

Sabar la sabariah..huhu

 P/S : Entry d bawah ni aku buat 2 tahun lepas.aku buat note kat FB aku. so nak kongsi kat blog perasaan aku 2 tahun lepas.. sekarang aku da xde fb sbb BF aku yang sekarang nih x bg men FB huaaaaa... :(  ni pon aku curi2 buka FB lame pastu da dapat ape aku nak terus Deactive balik huhu.papepun layan lah ye..huhu 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bukan jayzuan je ade nota-nota giler..aku pon ader
aku rasa semua org pun ade nota2 giler..
nota yg melempiaskan kemarahan hati yg tak tertanggung..
betul kata dia..kadang2 dengan maki hamun dapat melegakan sedikit perasaan yg berkecamuk.
Rasa lebih afdal mohon pada allah untuk dapatkan ketenangan jiwa..
Tapi aku manusia biasa..hidup penuh dosa..dosa yg nampak dan tak nampak..
Sendirilah aku ingat dan perbaiki diri..
Aku hairan dengan org yg ada otak tapi tak pernah nak guna..
Apelah guna belajar tinggi2 tapi bodoh bertingkat2 (ayat ni untuk aku)
Boleh pk mana baik mana buruk..
Tapi masih nak ikot kata hati yg lebih pada nafsu dan hasutan syaitan..
Aku meluah bukan untuk simpati..tapi untuk melegakan hati..
Nak bercerita dengan org bukan semua org suka nak dengar cerita masalah aku.
Ada yg faham ader yg tak faham..
Yang tak kena boleh la kata "rilex sudah"
Pada yg pernah terkena..selalu kata "Sabar la"
SABAR..ye perkataan sabar nih dah sebati dengan telinga aku..dah penuh jd taik telinga..
Aku sabar..kalau tak sabar mungkin aku dah keluar kat muka depan HARIAN METRO..huhuh
Aku akan terus SABAR SABAR dan SABAR..
Walaupun kadang2 ternyata aku bukan dalam golongan org2 yang sabar...
Aku akan tetap sabar.SEBAB ALLAH SYG DENGAN ORG YG SABAR... =)

Ku adaMu

Bila hati susah..bila hati sedih..baru kita ingat DIA..Bila hati senang nak sebut nama DIA pun payah. Manusia memang tak sedar di untung. Aku juga mungking tergolong dalam manusia sbegitu. Ya ALLAH ampunkan hambamu yang HINA ini...

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu..

Song by Najwa Latiff
Title: Ku AdaMU

Susah nak Lupe..

Terlalu banyak perkara yang berlaku since 2 years ago. Aku sedaya upaya cuba untuk tak terlalu pikir perkara2 remeh macam tu. Tapi aku tak mampu.. tak mampu meletakkan tanda BERHENTI di kotak pemikiran. Kenangan itu terus menghatui aku seperti bayang-bayang.

Aku hidup dalam kenangan. Kenangan yang menyakitkan. Kenangan yang mampu buat aku hilang kewarasan. Kenangan yang mampu membuat Mak dan abah kecewa punya anak seperti aku. Kenangan yang membunuh separuh hidup aku.

Setiap kali solat aku mohon pada tuhan hapuskan segala kenangan. Aku cuma mahu bangkit segagah mungkin supaya aku boleh menjadi kebanggaan orang2 yang aku sayang. Andai mampu aku undurkan waktu ingin sekali aku kembali pada waktu itu. Tapi waktu itu sudah berlalu dan takkan mungkin kembali.

Untuk hati.. tabahlah mengharungi..tabahlah berjuang untuk mungubati luka. Kenangann..memang susah nak lupe.. tp belajarlah untuk melupakan.