$$

Saturday, April 20, 2013

Happy birthday to me!

I finally stepped into the age of 27 years old. Too old to celebrate my birthday. What i want for this year is good health, no financial problem and be good daughter for my parents. I want to be someone that they can proud.

I would like to thanks to all my friend who still remember my birthday. Its really too mean to me.

For someone i love.. thanks because you  are always standing by my side.Love you so much sayang. muahhhhhhhh!

Saturday, April 13, 2013

love is blind

I love when you said "i love you"
I love when you said " i need you"
I love when you said " i miss you"

The fact is "what ever you said to me either it was "true or not" I will love you forever.

#schadace

Thursday, March 21, 2013

Aku, Kerja, Dan MAKAN.

Aku kerja dan makan memang tak boleh di pisahkan..huhhhhhhhhhhhhh inilah yang menjadi masalah aku untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan huhuhu.

Bila kerja je nak makan.. bila makan je nak kerja...stress tauuu.


Monday, March 11, 2013

Diet Diet Diet

Pengumuman pengumuman kepada semua...

Dengan ini aku ingin mengishtiharkan bahawasanya hari ini aku mula diet semula setelah 2 bulan diet aku ke laut..ahahaha..

Harapan setinggi gunung supaya aku dapat mengecikkan mana yang semakin membesar. Aku stress sangat bila baju semua da tak boleh pakai.

Aku rase bila badan semakin mengembang nih nak bergaye pon serba tak kena. Pakai yg ni macam tak sesuai..pakai yang tu macam sarung nangke.huargggggggggggg sian kat diri sendiri..dulu berat 49kg jer tapi sekarang...74kg..sob...sob...sobb  dekat 30kg naik tau..ngeri sangat..

So sekarang ni aku nekad nak kurus..nak kurusssssssss sangat2! Aku pon pergi la mengadu kan en.jambu a.k.a en.boiprend. Alhamdulillah dia memberikan sokongan yang padu lagi mampat untuk aku menguruskan badan.heheeh

So semangat berkobar2 bila ada sokongan orang tersayang. Harapan jangan hangat2 tahik ayam yerk..huhuh


Saturday, March 9, 2013

Kosong

 Jiwa yang kosong ni tak tahu nak kemana di halakan..  Lagu kosong dendangan Najwa Latif pon dah dekat 10x aku ulang walaupun hakikatnye aku tak minat kat najwa latif. Sorry najwa u r not my peberet singer huhuu..


Sunday, March 3, 2013

Bubur Jagung

Walaupun hati sedih...walaupun hati gundah... makan tetap makan. Hidup mesti di teruskan.. ayat POYO! hehehe



Saturday, March 2, 2013

Aku dan Kekesalan


P/S : Entry d bawah ni aku buat 2 tahun lepas.aku buat note kat FB aku. so nak kongsi kat blog perasaan aku 2 tahun lepas.. sekarang aku da xde fb sbb BF x bg men FB huaaaaa... :(  ni pon aku curi2 buka FB lame pastu da dapat ape aku nak terus Deactive balik huhu.papepun layan lah ye..huhu

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Org ade aku pon nak ada
org lain tak sakit tapi aku sakit
org lain gembira tp gembira aku sekejap aje..
org kata adat la tuuu kehidupan
aku kata ye betul..itulah kehidupan
kehidupan yg penuh onak duri
kalau dalam hidup tader dugaan bukan hidup namanya
kalau hari2 hidup yg aku lalui itu aman damai
maka jadilah aku org yg paling membosankan di dunia ni..
Adat dunia ada duka ada suka
Bila duka yg datang mula la mempertikaikan kenapa semua tu jd kat aku
tapi tak jadi kat org lain..kenapa asek aku je di uji begini..bukan sekali tapi dah berkali2..
aku tertanya2..tak layak ke aku untuk semua tu?? atau mungkin aku memang antara
org y tuhan pilih untuk mengecapi kebahagian maha hebat untuk masa hadapan..
Aku tertanya2 kat mana salah silap aku..ye sebenarnya aku tahu kat mana silapnya..
silapnye mungkin datang dari aku..yang terbang terlalu tinggi dengan perasaan akulah org
yang paling bahagia dalam dunia..tapi aku silap.. saat aku terbang terlalu tggi..sayap aku patah
sampai aku tak mampu nak berdiri lagi..aku tersungkur bukan setakat sayap je patah tapi paruh
dan tulang temulang aku semua remuk hancur..
Aku rasa mcm nak gali kubur sendiri..buat kepok n nisan sendiri...
Habis citer..biar aku tanamkan semua kisah duka aku
biar aku tanam semua tentang kamu..kamu..dan kamu
biar tiada lagi timbul kekesalan dalam hati..
ye aku mahu begitu..aku mahu tiada lagi kekesalan dalam hati!!

Sabar la sabariah..huhu

 P/S : Entry d bawah ni aku buat 2 tahun lepas.aku buat note kat FB aku. so nak kongsi kat blog perasaan aku 2 tahun lepas.. sekarang aku da xde fb sbb BF aku yang sekarang nih x bg men FB huaaaaa... :(  ni pon aku curi2 buka FB lame pastu da dapat ape aku nak terus Deactive balik huhu.papepun layan lah ye..huhu 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bukan jayzuan je ade nota-nota giler..aku pon ader
aku rasa semua org pun ade nota2 giler..
nota yg melempiaskan kemarahan hati yg tak tertanggung..
betul kata dia..kadang2 dengan maki hamun dapat melegakan sedikit perasaan yg berkecamuk.
Rasa lebih afdal mohon pada allah untuk dapatkan ketenangan jiwa..
Tapi aku manusia biasa..hidup penuh dosa..dosa yg nampak dan tak nampak..
Sendirilah aku ingat dan perbaiki diri..
Aku hairan dengan org yg ada otak tapi tak pernah nak guna..
Apelah guna belajar tinggi2 tapi bodoh bertingkat2 (ayat ni untuk aku)
Boleh pk mana baik mana buruk..
Tapi masih nak ikot kata hati yg lebih pada nafsu dan hasutan syaitan..
Aku meluah bukan untuk simpati..tapi untuk melegakan hati..
Nak bercerita dengan org bukan semua org suka nak dengar cerita masalah aku.
Ada yg faham ader yg tak faham..
Yang tak kena boleh la kata "rilex sudah"
Pada yg pernah terkena..selalu kata "Sabar la"
SABAR..ye perkataan sabar nih dah sebati dengan telinga aku..dah penuh jd taik telinga..
Aku sabar..kalau tak sabar mungkin aku dah keluar kat muka depan HARIAN METRO..huhuh
Aku akan terus SABAR SABAR dan SABAR..
Walaupun kadang2 ternyata aku bukan dalam golongan org2 yang sabar...
Aku akan tetap sabar.SEBAB ALLAH SYG DENGAN ORG YG SABAR... =)

Ku adaMu

Bila hati susah..bila hati sedih..baru kita ingat DIA..Bila hati senang nak sebut nama DIA pun payah. Manusia memang tak sedar di untung. Aku juga mungking tergolong dalam manusia sbegitu. Ya ALLAH ampunkan hambamu yang HINA ini...

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu..

Song by Najwa Latiff
Title: Ku AdaMU

Susah nak Lupe..

Terlalu banyak perkara yang berlaku since 2 years ago. Aku sedaya upaya cuba untuk tak terlalu pikir perkara2 remeh macam tu. Tapi aku tak mampu.. tak mampu meletakkan tanda BERHENTI di kotak pemikiran. Kenangan itu terus menghatui aku seperti bayang-bayang.

Aku hidup dalam kenangan. Kenangan yang menyakitkan. Kenangan yang mampu buat aku hilang kewarasan. Kenangan yang mampu membuat Mak dan abah kecewa punya anak seperti aku. Kenangan yang membunuh separuh hidup aku.

Setiap kali solat aku mohon pada tuhan hapuskan segala kenangan. Aku cuma mahu bangkit segagah mungkin supaya aku boleh menjadi kebanggaan orang2 yang aku sayang. Andai mampu aku undurkan waktu ingin sekali aku kembali pada waktu itu. Tapi waktu itu sudah berlalu dan takkan mungkin kembali.

Untuk hati.. tabahlah mengharungi..tabahlah berjuang untuk mungubati luka. Kenangann..memang susah nak lupe.. tp belajarlah untuk melupakan.

Wednesday, February 27, 2013

No Title: ^.^

Assalamualaikum.. ^.^  hari baru dapat update blog setelah encik lappy buat perangai x senonoh tak mau hidup. ikotkan hati nak je aku kebumikan lappy cap lenovo nih..tau la beli murah tapi jangan la meragam..tak sampai setaun kot!

hik hok hik hok..da ujung bulan..cam tak caye je..heeee kunun..padahal hari2 cakap kat budak office "lambatnye masa berlalu" ulang 14 kali kot..aku rase budak opis pon cair taik telinga dengar ayat yang same je.. huhuhu

Bila hujung bulan apekah saat2 yang di nantikan oleh pekerja2 swasta seperti aku? jeng jeng jengg pekerja kerajaan biasa kaloa tak salah aku diorang tggu 26 aribulan mcm tu..kan kann kann??
heheh saat ini manusia2 berbaris panjang di mesin ATM semata2 nak kuarkan duit GAJI..yahuuuu!

IYE GAJI !! aku sangat tidak kesabaran untuk dapat gaji..heheh almaklumlah..dah kering kontang wallet aku..bukan setakat wallet je yang kering kontang..akaun bank kalo orang nak rompak pun di alu2kan hehehe

Bulan ni bukan setakat dapat gaji sahaja tapi juga diikuti dengan duit kutu..heheh syok gak men kutu nih..at least dapat juga aku menyimpan hehehe..lepas nih kalo ade men kutu lagi nak masuk 2 name..
banyak sikit boleh menyimpan..kan kan kan..

Besok last day untuk bulan February..so harapan aku semoga perkara2 yang baik sahaja yang berlaku untuk bulan March nant.

DEAR MR.MARCH please be nice to me OK! heheh

Friday, February 22, 2013

Renovate Rumah

Aduhai sakit kepala bila tengok keadaan rumah yang tonggang terbalik macam tongkang pecah. Tuan rumah renovate rumah. Aku stress sebab tak boleh nak tengok tv.Aku kan hantu TV..hehehe bila tv xde aku rase satu xtvt penting aku sepanjang hidup x complete huhuh.. dan akibat dr renovation ini juga penyakit sangat suke menempel..huargggg selesemaaaa.. sakit kepala nak tido huhuhu bye adios..meh layan gambar kat bawah nih...sian kat housemate aku heheh...

Kesiannn nak tgk tv pon susah huhuh

copy dr phone x sempat nak rotate..penat bertenggong kita berdiri pule huhu
aku tak tau cane menatang ni boleh ade kat umah aku huhuhu
huhuhu xde tempat nak landing

heheh sian tak kami??

harap2 cepat la siap semua nihh..cek dah nak domam nih huhuhu

Monday, February 18, 2013

Sangkut dalam lif..

Sadis tak tajuk ceritaaa..?? Aku rasa macam nak nangis je petang tadi bila balik dari hantar dokumen kat tingkat tujuh tetiba trsangkut dalam lif..aku tak sangkut tinggi pon tpi gabra jugalah bila pintu lif tak terbuka.

Aku tersangkut kat ground floor jeee...hehehe tapi still ade tingkat bawah tanah okeh..2 tingkat kebawah! kalo ler tetiba jatuh ke bawah mau patah tulang buntut aku.

Lebih kurang 10 minit aku terstuck kat dalam tu and hati ni dah siap berdoa jangan la jadi ape2 kat aku.. dah la belom kawen ape pon tade lagi huhuhu..jasa mak ayah pon belom terbalas lagi..

Untuk mengelakkan aku dari terus jadi penunggu gua aku try la tekan loceng keselamatan tu..loceng keselamatan ke??? oh wat ever.... yang penting dapat menghubungkan aku ngan pihak berwajib..hehehe tp hampa terasa tade sape pun yang sahut..huwaaaaaaaaaaaa sedihnye akuuuu..

Lastly dengan kuasa bulan yang aku ada, aku buka pintu lif dengan kedua2 belah tangan aku..boleh tolong imagin tak bagaimana seorang gadis yang lemah lembut menggunakan seluruh kudratnye membuka pintu lif.

Tara.....!!!!!!! ok fine aku rase macam nak sepak je muka 2 orang mamat yang tercongok kat depan pintu lif  masa aku sedang berusaha untuk meloloskan diri dari lif bodoh nih..Diorang boleh buat bodoh n siap gelak2 lagi..huishh memang...memang tunjuk muka nak makan kaki! huhuhu..

lepas berjaya mengeluarkan diri sendiri dari lif aku pun blah terus masuk office sambung keje.stress aku buat keje arinih! semua gara2 tersangkut dalam lif...cis!

Sunday, February 17, 2013

hari minggu + nak ckap ke tak nak!

Hari minggu yang membosankan.. Ok minggu ni tak keluar dengan en.boyfriend..haluuu jatuh la saham aku sebagai seorang wanita kalo tiap2 minggu jumpa bf..toi tak..hehehe dia pon nak ada masa untuk diri sendiri jugakan..

Aktiviti aku hari ni...tengok tv sampai lobam...arghhhh boring giler kot xde menda nak buat...oh yee terasa cam bodoh pule hari ni sebab aku tak bercakap langsung dengan budak umah..huhu kenapa dan mengapa..?? entah mungkin sebab aku tak berminat nak bersembang ape2 dengan dia kot.

huh! sape kate takde benda nak cakap!!! ader ader aderr laaaaaaaaaaa!!!!!! tapi aku takde kekuatan nak cakap ngan dia.huhuhu tengok muka dia pon dah menggerunkann ini kan pula tegok badannye yang besar 2x ganda dari aku..opss bukan mengata yer tapi kenyataan..huhu eleh acha mcm ko kurus sangat je kannn...

Aku takut salah cakap..karang tersalah cakap mau di lipatnye aku 14 tak ke naye..garang oo dak umah aku nih..so jalan terbaik lain kali jelah cakap huhuhu..mampos aku kalo bf aku tau yang aku tak ckp lagi ..huaaaaa ..

Saturday, February 16, 2013

Kelah kat tasik Kelana Jaya

Memandangkan aku ni takde facebook or laman sosial yang lain untuk di layari makenye bila online keje aku 24jam boleh berblog...memperbanyakkan entry. huhuhuhu

Tetiba aku teringat masa dengan en.boyfreind hari Isnin yang lepas. Kami g berkelah dekat tasik Kelana Jaya.

Dengan penuh rase kasih sayang aku memasak ikan peberet dia hehehe..

Jom layan gambar kat bawah.. jangan terliur tau heheh!


Cik Siakap lepas mandi kolam minyak panas hew hew hew


 Tunggu bawang putih menguning..ngeeee
 

Ermmmmm wanginyaaaa...


Taraaaaaa..yummyyy opss bawang tu terlupe pule nak masukkan awal2 hehehe


Kailan ikan masin..wallahhhhhh sedap sgt!


Fewitttt! macam makan kat restoren..ngeeee

eheheh tgk jgn sampai meleleh air liur ekkk!

Today is Saturday!

Sangat AWESOME bila berkerja pada hari Sabtu. hahahahaha gelak sedih sebenarnye ni. Saye masih lagi pekerja kontrak.. so kalo hentak kaki sambil kate "tak nak tak nak tak" pon tetap kene pergi keje juge..huhuhu nasib seorang pekerja kontrak.. hihihi da mcam bunyi pekerja kontrak buat banggunan pule..tak laa aku keje kerani cabuk je kat Kelana Square. 

Masih dalam percubaan dan kalau di murahkan rezeki boleh jadi permanent bulan April nanti..moga2 doa aku di makbulkan..al-maklumlah umur da lanjut tapi still takde keje tetap lagi. 

Di pagi yang indah tadi aku pegi keje dengan semangat berkobar-kobar dan bila sampai office takde keje pule nak buat. Huarggghh berkubur terus semangat nak buat keje.. heheh dok melangot la aku sampai balik.harini makan gaji buta nampaknye..muehehehe!

Balik keje perut pun berdondang sayang mintak di isi..dengan kerajinan yang tak seberapa masuk dapur buka peti ais keluarkan nuget tempura cap ramli dan gorengggggg..yeay yummy oh lupe pule sebelum tu aku rebus telur konon2nye nak buat telur separuh masak tapi harammm jadi sebab terlebih rebus..automatiknye telur separuh masak aku jadi telur rebus..hehehe

So sekarang pukul 6:25 pm sudehh..perut pon lapar..masa untuk makan malam pule mueheheh.Menu malam ni Bihun Sup PAMA..ngeee tu je mampu.. ok adios bye bye n selamat menjamu selera.hew hew he.. and aku tinggalkan gambar nuget yang aku snap sebelum mencekik tengahari tadi... heheh

p/s: Jangan tengok lame2 nanti batal pose..hik hik hik! bulan pose kew?



nuget tempura cap ramlee : SEBELUM


nuget tempura cam ramlee : SELEPAS

awww magic..mane pergi nuget???
huhuhu


Acha a.k.a Cik Bam Bam

Mempersembahkannnnnn



Jeng jeng jeng....

Saye dengan ini suka citernye memaklumkan bahawa saya buat blog baru.. hehehe rajinkan saye.
Mana pergi blog lame? The answer is..blog lame tu aku lupe password bwahahaha...boleh pulekan..tu la bile minum air tak tengok dulu ade semut ke tak..Ni masalah tertelan semut la ni sampai lupe password hehehe.

So for the new blog i already save the password in my handphone.hehehe sampai begitu sekali untuk mengelakkan kejadian hilang ingatan berlaku. Dengan malu2 kucingnye aku akui aku memang pelupe ngeeeeee.

 Besar harapannye lepas ni den tak lupo password laie..ponek dah nak buek blog ajo kojonyeee.. isi pon bolum cocah 18 udah lupo. apekehal speaking nogori pule nih..(sukati den la blog denn kannn) hehehe.

Akhir kate dari tuan tanah..teman harap teman boleh berkongsi cerita pahit manis hot suam sejuk yang jadi kat teman sepanjang hidup ini dengan sape2 yg sengaja or tak sengaje singgah ke blog teman ni. Kalo dah singgah tu jangan la lupe komeng mengomeng yerr..

Selamat menjamu mate semua..

p/s:ade ke yang nak singgah blog caye nih huk huk huk!